KPerak Komuniti Bridz di Kg. Tengku Hussein, 16,17 Disember 2007

Kami telah berkampung selama 2 hari di sini memandangkan sambutan dari penduduk kampung yang ingin bersama-sama mempelajari tentang perkara baru mengenai dunia ICT. Sambutan yang baik serta respons yang diberikan amat kami ambil berat. Kehadiran peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur juga menjadikan program ini sememangnya diterima oleh masyarakat luar yang dahagakan maklumat berkenaan dunia ICT.

pc160039.jpgpc160078.jpgpc160079.jpg

pc160086.jpg pc160151.jpgtgkuhusin-038.jpg

Program Komuniti BridZ di SK Syed Idrus, Kuang, Chemor.

Program Merapatkan Jurang Kemiskinan Digital Negeri Perak yang diberi tagline ‘ KPerak Digital Bridge ‘ kini dikenali sebagai ‘ KPerak Komuniti BridZ ‘. Program kali ini dilangsungkan di Kg. Ulu Kuang, Chemor. Dengan bantuan Ketua Kampung Kuang, Chemor, En. Muhamad Latif, kami diberi kelas di SK Syed Idrus untuk program ini. Di awal perancangan program, program internet tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan akses kepada Streamyx. Namun bantuan daripada guru makmal komputer SK Syed Idrus, En. Mohammad Nizam, telah memungkinkan sambungan internet untuk program kali ini, terima kasih Cikgu!. Laman web sekolah ini boleh dilawati di http://sksi.wetpaint.com.

picture-001.jpgpicture-003.jpgpicture-011.jpg

Awal pagi, kebanyakkan peserta kanak-kanak dihantar oleh ibu bapa dan ada juga yang hadir sendiri bersama rakan-rakan. Terdapat juga guru sekolah yang menumpangkan pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah tersebut. Sesi pagi bermula dengan doa singkat oleh pengurus kami dan bermula sesi pengenalan komputer. Peserta-peserta agak pasif di awal pagi memandangkan masing-masing mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

picture-018.jpg picture-021.jpgpicture-030.jpg

Menjelang sesi kedua, warga dewasa mengambil peluang untuk mengenali dunia internet. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik diajar untuk mendaftar email percuma gmail.com. Keadaan talian internet yang perlahan menyebabkan sesi berjalan agak perlahan. Kehadiran kali ini amat memberangsangkan. Terima kasih kepada JKKK Kuang dan juga guru-guru SK Syed Idrus. Ada rezeki kami datang lagi.