Posted by admin on
December 18, 2007
KPerak Komuniti Bridz di Kg. Tengku Hussein, 16,17 Disember 2007
Kami telah berkampung selama 2 hari di sini memandangkan sambutan dari penduduk kampung yang ingin bersama-sama mempelajari tentang perkara baru mengenai dunia ICT. Sambutan yang baik serta respons yang diberikan amat kami ambil berat. Kehadiran peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur juga menjadikan program ini sememangnya diterima oleh masyarakat luar yang dahagakan maklumat berkenaan dunia ICT.
Posted by admin on
December 14, 2007
Hebahan Umum - KPerak Komuniti Bridz - 16 Disember
KPerak Komuniti Bridz akan dilangsungkan di Sekolah Agama Rakyat Ittihadiah, Kg. Tengku Hussein Baru, berhadapan dengan padang Lintau. Datanglah Beramai -Ramai!!!
Posted by admin on
December 11, 2007
Download Percuma : OpenOffice.Org 2.3, revolusi perisian pejabat percuma
Dapatkan perisian OpenOffice.Org secara percuma disini. Klik pada link di bawah
Posted by admin on
December 11, 2007
Komputer Desktop Termurah Di Ipoh !!!
Anda ingin dapatkan senarai harga termurah untuk komputer desktop terkini? dapatkannnya di sini.
Posted by admin on
December 10, 2007
KPerak Komuniti Bridz di Kg. Tersusun Sg. Kroh, 9 Disember 2007
Program yang dijalankan kali ini agak jauh dari Ipoh dan kami merantau hingga Daerah Batang Padang. Kali ini kami berkampung di kampung tersusun Sg. Kroh, Air kuning, Tapah. Kehdiran kami kali ini adalah di atas jemputan JKKK Kg. Sg Kroh. Terima kasih kepada tok ketua En. Khairul Anuar bin Mustapha dan juga kepada cikgu Azam yang memberi kerjasama yang amat baik sekali. Terima kasih juga kepada tuan empunya homestay yang memberi kami kemudahan penginapan yang selesa. Program kali ini juga disertai dari kalangan orang asli.
Posted by admin on
December 3, 2007
KPerak Komuniti Bridz di Kg. Chepor Tambahan, 2 Disember 2007
KPerak Komuniti Bridz dilangsungkan di dewan orang ramai Sri Klebang pada tanggal 2 Disember yang lalu. Kehadiran awal agak memuaskan dengan keadaan dewan yang penuh. Kehadiran ketua kampung Chepor Tambahan,Tuan Haji Sukiman menceriakan keadaan dengan gelak tawa penduduk kampung. Pendaftaran sesi awal pagi lebih kepada bilangan kanak-kanak tetapi terdapat juga orang dewasa yang mengambil sesi pertama ini. Terima kasih kepda warga kampung Chepor Tambahan dan Sri Kledang atas kehadiran anda. Kami pasti kembali lagi jika masa mengizinkan.



























